π²π°π π° π π΄π π°π π·π°π πΆπ°
August 20, 2021 at 1:33 am,
No comments
Kenapa tuan rumah suka tanya harga sekaki berapa?
Selalunya, apabila tuan rumah survey siling kapur soalan yang kerap ditanya mesti harga sekaki berapa?
Kenapa kita selalu tekankan harga sekaki berapa sedangkan kita tak tahu pun apa yang kita akan dapat. Contohnya kualiti barang dan hasil kerja .
Sebelum tu, jom kita fahamkan cara pengiraan siling kapur. Untuk mengira harga siling kapur ianya bergantung kepada:
Luas (sqft/m2)
Saiz besi
Design siling kapur
Sebagai contoh, jika tuan rumah hendak membuat plain board dan luas kawasan yang hendak dibuat melebihi 250 sqft , maka kiraan kaki persegi akan digunakan .
Tetapi jika luas kawasan plain board yang hendak dibuat kurang daripada 250 sqft maka kiraan secara lump sum akan digunakan untuk setiap ruangan .
Kos pengangkutan, kos pekerja dan kos barang yang tinggi menyebabkan ianya tidak masuk asal untuk menggunakan kiraan kaki persegi.
Kiraan kaki persegi tidak tepat untuk projek kecil . Jika projek melibatkan pembanggunan atau perumahan yang baru barulah kiraan kaki persegi digunakan.
Gambar rajah dibawah pula menunjukkan contoh cara kiraan pada pelan asal dan pelan site :
Situasi sebenar dalam membuat siling kapur adalah dengan mengukur lokasi tapak . Namun ramai yang mengambil ukuran pada pelan asal untuk menampung kerugian yang mereka alami.
Selain itu, jarak dan susunan tulang besi murupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan siling kapur mendapat sokongan yang baik . Kebiasaannya, jarak susunan tulang besi adalah 18"x28" .
Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat dalam pasaran yang menggunakan jarak yang lebih jauh dengan ukuran 24"x36". Semakin jauh jarak tulang besi, semakin lemahlah sokongan antara tulang besi dan siling kapur .
Bila tulang besi terlalu jauh , s okongan antara tulang besi dan siling kapur semakin lemah dan ini akan menyebabkan papan siling kapur senang lendut .Macam video dekat atas, kontraktor baru tarik sikit je papan terus tercabut.
Sebab tu, kalau ada kontraktor yang menawarkan harga siling kapur yang terlampau murah dari harga pasaran semasa, kami sarankan anda lari jauh-jauh sebelum dikenakan cas tersembuyi.
Paling parah jika duit deposit dah dibayar tetapi kerja tak siap dan tergantung separuh jalan. Kos untuk memanggil kontraktor lain untuk menyiapkan kerja separuh jalan amatlah mahal.
Oleh itu, sebelum kita bertanya harga sekaki berapa. Pastikan kita tahu dulu kualiti barang yang digunakan dan hasil kerja mereka.
Disini saya kongsi tips servay harga ceiling, jangan sesekali tanya harga dalam sqft sebab kalau kira sqft silap hari bulan anda terlepas harga yg murah, sqft biasanya kiraan untuk flat ceiling, kan lebih mudah anda bagi design anda mahu dan minta harga siap lebih mudah untuk anda servay mana harga murah... Kiraan sqft silap hari bulan anda akan dikenakan caj tersembunyi...5.50/sqft dengan 3.00/sqft mana yg lebih murah tentu 4.00 murah tapi jika + caj tersembunyi belum tentu 4.00 tu murah..